Notis Privasi

  1. PENDAHULUAN
    1. Notis Privasi ini menerangkan bagaimana BE International Marketing Sdn. Bhd. (No Pendaftaran: 201601028139/1199078-X)(AJL932172), BE International Marketing Ltd. (No Syarikat: 201709715E), BE International Marketing (HK) Pte. Limited (No Syarikat: 2760241), BE International Marketing (B) Sdn. Bhd. (No Syarikat: RC20003059), dan PT BEI International Marketing (No Syarikat: 9120004170023) (dirujuk di dalam ini sebagai “BE International” atau “kami”) dan syarikat bersekutunya mengumpul, memproses, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda, yang boleh membantu anda membuat keputusan yang termaklum sebelum anda memberikan sebarang data peribadi anda kepada kami.
    2. Kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis terdahulu. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan yang ketara pada Notis Privasi kami, kami akan memaklumkan anda di laman web kami, atau melalui cara lain yang Anda boleh memastikan sama ada sebarang perubahan telah dilakukan dengan merujuk kepada tarikh apabila Notis Privasi ini terakhir dikemas kini. Jika anda terus menggunakan perkhidmatan kami, ini menandakan bahawa anda mengakui dan menerima perubahan tersebut.
    3. Jika Notis Privasi ini diterbitkan dalam bahasa nasional atau dalam bahasa lain selain Bahasa Inggeris, sekiranya terdapat perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa alternatif, versi Bahasa Inggeris akan dianggap sebagai versi yang sahih, kecuali di bidang kuasa yang mewajibkan bahawa versi bahasa nasional adalah versi yang sahih.
  2. APAKAH DATA PERIBADI YANG AKAN KAMI KUMPUL?
    1. Dalam Notis Privasi ini, “data peribadi” merujuk kepada sebarang data, sama ada yang benar atau tidak, mengenai seseorang individu yang boleh dikenal pasti: (a) daripada data tersebut, atau (b) daripada data tersebut dan maklumat lain yang boleh diakses atau kemungkinan besar boleh diakses oleh BE
    2. Bergantung kepada jenis interaksi anda dengan kami, data peribadi yang mungkin dikumpul, diproses, digunakan dan didedahkan oleh kami termasuk tetapi tidak terhad kepada:


      (a) Butir-butir peribadi (seperti nama, nombor K/P atau pasport, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, profesion dan status perkahwinan anda);

      (b) Maklumat hubungan (seperti alamat, alamat pengebilan, alamat penghantaran, alamat e-mel, dan nombor telefon anda);

      (c) Maklumat kewangan (seperti nombor kad kredit, nombor kad debit, dan maklumat akaun bank anda);

      (d) Maklumat profil (seperti nama pengguna, kata laluan, nombor Independent Business Owner, dan sejarah pesanan anda);

      (e) Maklumat pemasaran (seperti pilihan produk, tabiat pembelian, tingkah laku perbelanjaan, dan pilihan komunikasi);

      (f) Maklumat penggunaan laman web yang dikumpul melalui kuki (cookies) apabila anda mengakses, melihat, dan menggunakan laman web (seperti penggunaan laman web, alamat IP, jenis pelayar, dan sistem operasi);

      (g) Maklumat biometrik (seperti ciri-ciri wajah, cap jari, dan tandatangan).

      (h) Maklumat lokasi (seperti data lokasi geografi peranti elektronik anda, termasuk koordinat GPS atau penunjuk lokasi lain yang serupa, yang dikumpul apabila perkhidmatan lokasi diaktifkan pada peranti anda).

    3. Dengan menekan butang “Setuju” dan memberikan kami data peribadi anda, anda bersetuju untuk membenarkan kami mengumpul, memproses, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda bagi tujuan yang telah dimaklumkan kepada anda di dalam Notis Privasi ini dan/atau melalui sebarang cara lain yang dimaklumkan oleh kami melalui pengantara dalam talian atau luar talian (“Persetujuan”), dan selaras dengan terma-terma Notis Privasi ini.
    4. Di samping itu, bagi mematuhi obligasi undang-undang dan pengawalseliaan, untuk melindungi aset dan pekerja / kontraktor luar BE International dan khususnya untuk memastikan bahawa BE International dapat mematuhi undang- undang kawalan perdagangan, pencegahan pengubahan wang haram dan/atau sogokan dan rasuah dan keperluan pengawalseliaan yang lain, kami menjalankan saringan terhadap Independent Business Owner kami secara berkala. Saringan ini dilakukan berdasarkan maklumat yang tersedia secara umum, senarai sekatan yang dikeluarkan oleh kerajaan, dan sumber media yang
    5. Data ini mungkin termasuk data peribadi berkenaan dengan kelakuan jenayah yang disyaki dan sebenar, rekod jenayah atau prosiding berkenaan dengan kelakuan jenayah atau kelakuan yang menyalahi undang-undang tetapi hanya bagi tujuan memastikan BE International mematuhi obligasi undang-undang dan pengawalseliaan dan/atau setakat yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang tempatan, yang mana semuanya dirangkum dalam isi Persetujuan.
    6. Saringan tersebut tidak menghasilkan sebarang pembuatan keputusan secara automatik berhubung dengan pihak-pihak berlawanan atau pihak berlawanan yang berpotensi.
    7. Oleh sebab kami bergantung kepada data peribadi yang disediakan oleh anda, sila pastikan bahawa data peribadi anda adalah terkini, lengkap dan tepat. Jika berlaku apa-apa perubahan pada data peribadi anda, sila log masuk di https://bos.beintl.com/login untuk mengemas kini perubahan tersebut.
  3. BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA?
    1. Kami mungkin memperoleh maklumat ini daripada anda dan dari pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:


      a) Melalui hubungan anda dengan kami, iaitu maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan, semasa mendaftar sebagai Independent Business Owner melalui laman web atau sistem BE International kami, apabila anda menggunakan produk atau perkhidmatan kami, apabila mengambil bahagian dalam tinjauan pelanggan, kempen, peraduan dan promosi yang dianjurkan oleh BE International, dan semasa semakan kewangan;

      b) Laman web BE International: Laman web yang diarahkan kepada pengguna yang dikendalikan oleh/atau bagi pihak BE International, termasuk laman yang kami kendalikan di bawah domain/URL kami sendiri dan laman mini yang kami jalankan di rangkaian sosial pihak ketiga seperti Facebook, Instagram atau TikTok;

      c) E-mel, mesej teks, dan mesej elektronik lain: Interaksi dengan komunikasi elektronik antara anda dan BE International;

      d) Saluran Digital dan Teknologi Penjejakan: Data yang dikumpul melalui kuki (cookies) atau teknologi penjejakan yang serupa apabila mengakses, melihat, dan menggunakan laman web kami atau apabila berinteraksi dengan iklan kami di platform pihak ketiga;

      e) Kebenaran Peranti: Data yang dikumpul melalui tetapan peranti anda dan kebenaran aplikasi BE4U, contohnya, apabila anda mendayakan perkhidmatan lokasi untuk mengakses ciri-ciri yang memerlukan lokasi geografi anda, termasuk maklumat yang diperoleh melalui GPS, sambungan rangkaian seperti Wi-Fi atau selular, atau Bluetooth. Ini mungkin digunakan untuk mendayakan pemberitahuan berasaskan jarak atau penjejakan daftar masuk semasa acara.

  4. MENGAPAKAH KAMI MENGUMPUL, MENGGUNAKAN DAN MENDEDAHKAN DATA PERIBADI ANDA?
    1. Kami tidak akan mengumpul, memproses, menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda kecuali:

      (a) Anda telah dimaklumkan tentang tujuan dan penggunaan data peribadi anda yang dikumpulkan, dan anda bersetuju dengan pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda untuk tujuan tersebut; atau

      (b) Pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan data peribadi tersebut dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang privasi data yang berkenaan, sekiranya ada, di Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan/atau Brunei sebagaimana yang berkuat kuasa dalam semua keadaan (“Undang-undang Privasi Data”).

    2. Bergantung kepada sifat interaksi anda dengan kami, kami boleh mengumpul, memproses, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda bagi sebarang atau semua tujuan berikut:


      (a) Mengesahkan identiti anda;

      (b) Memproses perkara berkaitan keahlian termasuk:

            (i) permohonan keahlian baru, pengekalan keahlian dan/atau pembaharuan keahlian termasuk untuk tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 4.2(m);

            (ii) pengambilan ahli baru;

            (iii) permohonan untuk dan/atau di bawah mana-mana program yang ditawarkan oleh BE International;

      (c) Memproses mana-mana transaksi anda dengan kami;

      (d) Memproses pembayaran atau transaksi kredit termasuk mentadbir apa-apa faedah yang layak kepada anda;

      (e) Tujuan pentadbiran atau operasi BE International;

      (f) Melaksanakan obligasi dalam urusan atau berkaitan dengan penyediaan barangan dan/atau perkhidmatan oleh pihak kami yang telah anda minta;

      (g) Menguruskan perhubungan anda dengan kami (termasuk menangani, mengendalikan, dan memproses pertanyaan, permintaan, aduan dan maklum balas anda, yang mungkin melibatkan pendedahan data peribadi untuk melaksanakan penyampaian yang sama);

      (h) Menjalankan penyiasatan berkaitan dengan penipuan, aktiviti yang menyalahi undang-undang, pengabaian atau salah laku, sama ada berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan kami oleh anda atau apa-apa perkara lain berbangkit daripada perhubungan anda dengan kami;

      (i) Meminta maklum balas atau penyertaan dalam tinjauan, serta menjalankan penyelidikan termasuk penyelidikan pasaran dan/atau analisis untuk statistik, pemprofilan atau tujuan lain untuk kami menyemak, membangunkan dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami;

      (j) Meningkatkan pengalaman pengguna anda dan mengaktifkan kefungsian berasaskan lokasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

            (i) mengesan jarak anda ke pejabat, acara, atau lokasi fizikal kami dan menyampaikan pemberitahuan atau maklumat yang relevan;

            (ii) menyokong ciri-ciri yang bergantung pada perkhidmatan berasaskan lokasi seperti daftar masuk atau penjejakan kehadiran untuk acara berdaftar;

      Data lokasi hanya akan dikumpul apabila anda telah memberikan kebenaran secara eksplisit melalui tetapan peranti anda atau aplikasi BE4U. Anda boleh memilih untuk mematikan akses lokasi pada bila-bila masa melalui tetapan privasi peranti anda atau di dalam aplikasi. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda mematikan akses lokasi, fungsi-fungsi tertentu yang bergantung kepada lokasi mungkin tidak tersedia;

      (k) Mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, kaedah, kod amalan, atau garis panduan yang dikeluarkan oleh mana-mana badan kerajaan dan/atau kawal selia (termasuk tetapi tidak terhad kepada membantu dalam penguatkuasaan undang-undang dan siasatan yang dijalankan oleh mana- mana pihak berkuasa kerajaan dan/atau kawal selia);

      (l) Menghantar kepada syarikat yang berkaitan atau syarikat yang berhubungan dan mana-mana pihak ketiga yang tidak bersekutu termasuk penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami (contohnya penyedia perkhidmatan pembayaran, penyedia hos data, juruaudit, bank, kontraktor, penyedia integrasi sistem, sokongan IT atau penyedia berasaskan awan) dan ejen, dan pihak berkuasa kerajaan dan/atau kawal selia yang berkaitan, untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini;

      (m) Pendedahan kepada upline Independent Business Owner anda untuk tujuan memberikan status atau melanjutkan atau memperbaharui keahlian anda (“Reactivation Programme”);

      (n) Mendedahkan maklumat kepada bakal individu yang mempertimbangkan untuk menjadi Independent Business Owner bagi tujuan memilih penaja;

      (o) Memupuk dan mengekalkan hubungan antara anda dengan rangkaian anda;

      (p) Memaparkan dalam iklan, promosi, komunikasi dan/atau paparan elektronik BE International;

      (q) Menghantar kepada, dan penggunaan yang munasabah oleh, mana-mana entiti atau orang lain yang dianggap perlu oleh BE International untuk melindungi hak, kepentingan undang-undang, atau keselamatan orang lain atau BE International termasuk penasihat undang-undang;

      (r) Sebarang tujuan perniagaan sampingan lain yang berkaitan dengan tujuan yang disebutkan di atas atau untuk pelaksanaan kontrak kami dengan anda, penyediaan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda, atau berkaitan pengekalan hubungan perniagaan kami dengan anda.

    3. Berhubung dengan komunikasi pemasaran atau promosi:


      a) kami mungkin akan mengumpul, mengguna dan/atau memproses data anda untuk tujuan menghantar kepada anda maklumat pemasaran mengenai barangan dan perkhidmatan kami melalui Whatsapp, SMS, e-mel atau cara komunikasi yang lain, termasuk memaklumkan anda tentang acara pemasaran, inisiatif dan promosi, cabutan bertuah, keahlian dan skim ganjaran, dan promosi lain;

      b) kami mungkin akan mengumpul, mengguna dan/atau memproses data anda untuk tujuan menjalankan aktiviti promosi atau mana-mana aktiviti BE International termasuk memproses penyertaan anda dalam aktiviti-aktiviti ini;

      c) dengan penyerahan data anda, anda telah bersetuju untuk data peribadi anda digunakan oleh kami untuk tujuan dan penggunaan yang telah dimaklumkan kepada anda yang dinyatakan di dalam Klausa 4.3 ini; dan

      d) jika anda tidak ingin terus menerima mana-mana komunikasi pemasaran dan promosi daripada kami, anda boleh menarik diri atau berhenti melanggan daripada aktiviti pemasaran atau promosi tersebut dengan menghubungi kami di butiran kenalan yang telah disenaraikan di Notis Privasi ini. Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk menarik diri atau berhenti melanggan, kami mungkin masih akan menghantar anda komunikasi bukan pemasaran dan promosi yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah langgan.

    4. Di mana sebarang data peribadi yang telah didedahkan kepada anda untuk atau bersama-sama dengan mana-mana tujuan yang disenaraikan di atas atau dalam meneruskan sebarang hubungan kontrak dengan BE International, anda hanya akan memproses data peribadi tersebut mengikut Notis Privasi ini dan Undang- undang Privasi Data yang berkenaan.
    5. Khususnya, jika anda bercadang untuk menyertai kami sebagai Independent Business Owner di Singapura, sila ambil maklum bahawa kami dikehendaki, di bawah Seksyen 65B(3) Akta Cukai Pendapatan Singapura untuk menyerahkan secara elektronik maklumat mengenai komisen yang dibayar kepada anda kepada Inland Revenue Authority of Singapore (“IRAS”). Untuk membuat penyerahan ini, IRAS telah mengesahkan bahawa kami perlu mendapatkan nombor K/P dan/atau nombor pengenalan yang berkenaan Independent Business Owner kami.
    6. Jika anda bercadang untuk menyertai kami sebagai Independent Business Owner di Malaysia, sila ambil maklum bahawa kami dikehendaki, di bawah Seksyen 83A(1) Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967 untuk memegang dan menyimpan maklumat mengenai komisen yang dibayar kepada anda dan hendaklah menjadikannya boleh diakses dengan mudah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDNM”). Untuk berbuat demikian, LHDNM telah mengesahkan bahawa kami perlu mendapatkan nombor K/P dan/atau nombor pengenalan yang berkenaan Independent Business Owner kami.
    7. Jika anda bercadang untuk menyertai kami sebagai Independent Business Owner di Hong Kong, sila ambil maklum bahawa kami dikehendaki, di bawah Seksyen 51(4)(a) Hong Kong Inland Revenue Ordinance (Cap.112) untuk menyediakan maklumat tentang komisen yang dibayar kepada anda kepada Hong Kong Inland Revenue Department (“IRD”) apabila kami memfailkan penyata cukai kami. Untuk berbuat demikian, IRD telah mengesahkan bahawa kami perlu mendapatkan nombor HKID dan/atau nombor pengenalan yang berkenaan Independent Business Owner kami.
    8. Jika anda bercadang untuk menyertai kami sebagai Independent Business Owner di Brunei Darussalam, sila ambil maklum bahawa kami dikehendaki di bawah Seksyen 52(1A) Akta Cukai Pendapatan (Bahagian 35) memberikan nombor NRIC dan/atau nombor pengenalan lain anda yang berkenaan kepada Revenue Division of the Ministry of Finance, Brunei Darussalam apabila kami memfailkan penyata cukai kami. Untuk berbuat demikian, kami perlu mendapatkan nombor K/P dan/atau nombor pengenalan yang berkenaan bagi Independent Business Owner kami.
    9. Konsisten dengan amalan pelbagai jabatan hasil dalam negeri atau jabatan cukai pendapatan di mana-mana bidang kuasa yang terlibat, jika wujud keperluan undang-undang supaya kami menyediakan atau menyerahkan kepada jabatan tersebut maklumat atau maklumat pengenalan yang berkenaan tentang anda pada bila-bila masa, maka anda dengan ini bersetuju untuk membenarkan pengumpulan, pemprosesan, penggunaan atau pendedahan data peribadi anda dalam cara tersebut.
    10. Data yang dikumpul bagi tujuan yang dinyatakan di atas adalah perlu untuk kami menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan kami kepada anda. Oleh itu, anda wajib memberikan kepada kami data yang diminta, dan jika tidak kami mungkin tidak dapat menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan kami kepada anda.
    11. Kami akan meminta persetujuan anda sebelum kami mengumpul sebarang data tambahan dan sebelum kami menggunakan data anda bagi tujuan yang tidak dimaklumkan kepada anda (kecuali jika dibenarkan atau diberi kuasa oleh undang-undang).
    12. Ketika anda memberi kami data atau informasi peribadi tentang orang lain, anda mengesahkan bahawa mereka telah: (i) memberi kebenaran kepada anda untuk bertindak dan menerima notis perlindungan data atas nama mereka, dan (ii) bersetuju untuk membenarkan BE International memproses data peribadi berdasarkan dengan Notis Privasi ini. Anda dengan ini hendaklah menanggung rugi BE International daripada sebarang kerosakan, kerugian dan kos yang timbul daripada sebarang aduan, tuntutan dan saman undang-undang kerana penggunaan data peribadi orang lain oleh BE International yang disediakan oleh
  5. ADAKAH KAMI AKAN MEMINDAHKAN DATA PERIBADI ANDA KE LUAR NEGARA?
    1. Jika data peribadi anda telah dipindahkan kepada syarikat-syarikat bersekutu BE International dan/atau kepada pihak ketiga yang dibenarkan yang berada di luar negara anda, kami mengambil langkah organisasi, kontraktual dan undang- undang untuk memastikan bahawa data peribadi anda diproses semata-mata bagi tujuan yang disebut di atas, dan bahawa tahap perlindungan yang mencukupi telah diwujudkan untuk melindungi data peribadi anda.
    2. Dengan menekan butang “Setuju” dan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk membenarkan kami memindahkan data peribadi anda kepada entiti-entiti perniagaan kami yang berkaitan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Brunei, dan untuk mereka mengumpul, memproses, menggunakan dan mendedahkan data peribadi tersebut selaras dengan terma- terma Notis Privasi ini.
    3. Dengan menekan butang “Setuju” dan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju memberi kebenaran kepada pemindahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda ke laman web hos data pihak ketiga yang terletak di luar bidang kuasa di mana BE International menjalankan perniagaan atau perdagangan di mana diperlukan untuk pemenuhan obligasi kami dalam menyediakan perkhidmatan yang anda daftar; dan dalam apa jua keadaan di luar negara di mana BE International mengumpul data peribadi daripada Kami akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan laman web hos pihak ketiga tersebut diikat secara kontrak untuk tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk apa-apa tujuan kecuali untuk menyediakan perkhidmatan yang dikontrak oleh mereka dengan BE International, demi melindungi maklumat peribadi anda.
  6. BOLEHKAH ANDA MENARIK BALIK PERSETUJUAN ANDA YANG DIBERIKAN BAGI DATA PERIBADI YANG DIKUMPUL?
    1. Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk kami mengumpul, memproses, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda dalam milikan kami atau di bawah kawalan kami dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di bepdpa@beintl.com.
    2. Setelah menerima permintaan bertulis anda untuk menarik balik persetujuan anda, kami mungkin memerlukan masa yang munasabah (bergantung pada kerumitan permintaan anda dan kesannya terhadap sifat hubungan kami dengan anda) untuk memproses permintaan anda dan untuk kami memaklumkan anda tentang akibat kami bersetuju dengannya, termasuk apa-apa akibat undang- undang yang boleh menjejaskan hak dan liabiliti anda kepada kami. Akibat undang-undang sedemikian hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara yang dinyatakan dalam Peraturan dan Tatacara Secara umumnya, kami akan berusaha untuk memproses permintaan anda dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaannya. Sekiranya penarikan persetujuan anda memerlukan pemadaman data peribadi, kami akan memadam atau menjadikannya tanpa nama (anonymize) dalam tempoh yang munasabah melainkan pengekalan diperlukan di bawah Undang-Undang Privasi Data yang terpakai atau undang-undang bertulis lain.
    3. Kami menghormati keputusan anda untuk menarik balik persetujuan anda, walau bagaimanapun sila ambil maklum bahawa bergantung kepada sifat dan skop permintaan anda, kami mungkin tidak lagi dapat menyediakan barangan atau perkhidmatan kami kepada anda. Dalam keadaan sedemikian, kami akan memaklumkan anda mengenai akibat yang mungkin berbangkit jika anda menarik balik persetujuan anda sebelum kami selesai memproses permintaan.
    4. Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk menyahaktifkan atau menarik balik persetujuan untuk perkhidmatan lokasi, ciri-ciri tertentu yang bergantung pada lokasi di dalam aplikasi BE4U mungkin menjadi tidak tersedia atau terhad dari segi kefungsian.
    5. Sila ambil maklum bahawa penarikan balik persetujuan oleh anda tidak menjejaskan hak kami untuk terus mengumpul, memproses, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda jika pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan tanpa persetujuan tersebut dibenarkan atau dikehendaki di bawah Undang-undang Privasi Data atau undang-undang bertulis lain.
  7. BOLEHKAH ANDA MENGAKSES DATA PERIBADI ANDA?
    1. Tertakluk kepada pengecualian tertentu di bawah Undang-Undang Privasi Data yang terpakai, anda boleh meminta kami untuk memberikan anda data peribadi yang kami pegang tentang anda atau maklumat tentang cara kami mengumpul, memproses, menggunakan, atau mendedahkan data peribadi anda dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di bepdpa@beintl.com.
    2. Sila ambil maklum bahawa kami mungkin mengenakan fi yang munasabah ke atas anda untuk menangani dan memproses permintaan anda. Jika terpakai, kami akan memaklumkan anda tentang fi tersebut sebelum kami memproses permintaan anda.
    3. Kami akan membalas permintaan anda secepat yang mungkin. Sekiranya kami tidak dapat membalas permintaan anda dalam masa dua puluh satu (21) hari selepas menerima permintaan anda, kami akan memaklumkan anda secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari tentang sebab kelewatan dan jangka masa yang kami jangkakan untuk memberi maklum Jika kami tidak dapat memberikan sebarang data peribadi kepada anda, kami secara amya akan memaklumkan kepada anda sebab-sebab kami tidak dapat berbuat demikian (kecuali jika kami tidak dikehendaki berbuat demikian di bawah Undang-undang Privasi Data).
  8. BOLEHKAH ANDA MEMINTA KAMI MEMBUAT PEMBETULAN ATAU MENGEMAS KINI DATA PERIBADI ANDA?
    1. Tertakluk kepada pengecualian tertentu di bawah Undang-Undang Privasi Data yang terpakai, anda boleh meminta kami membetulkan sebarang kesilapan atau pengabaian atau menambah data peribadi yang disimpan oleh kami tentang anda dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di bepdpa@beintl.com.
    2. Kami akan membalas permintaan anda secepat yang mungkin. Sekiranya kami tidak dapat membalas permintaan anda dalam masa dua puluh satu (21) hari selepas menerima permintaan anda, kami akan memaklumkan anda secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari tentang sebab kelewatan dan jangka masa yang kami jangkakan untuk memberi maklum Jika kami tidak dapat membuat pembetulan atau kemas kini data peribadi anda seperti yang diminta, kami secara amya akan memaklumkan kepada anda sebab-sebab kami tidak dapat berbuat demikian (kecuali jika kami tidak dikehendaki berbuat demikian di bawah Undang-undang Privasi Data).
  9. BOLEHKAH ANDA MEMINTA KEBOLEH PINDAHAN DATA?
    1. Tertakluk kepada pengecualian tertentu di bawah Undang-Undang Privasi Data yang terpakai, anda boleh meminta kami untuk memberikan anda data peribadi anda dalam format yang berstruktur, lazim digunakan, dan boleh dibaca oleh mesin, dan untuk menghantar data tersebut kepada pengawal data lain sekiranya ia adalah secara teknikal boleh dilaksanakan. Hak ini hanya terpakai setakat yang diiktiraf dan diwajibkan di bawah Undang-Undang Privasi Data yang terpakai atau undang-undang bertulis lain.
    2. Anda boleh menggunakan hak anda terhadap keboleh pindahan data dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di bepdpa@beintl.com.
    3. Kami akan membalas permintaan anda secepat yang mungkin. Sekiranya kami tidak dapat membalas permintaan anda dalam masa dua puluh satu (21) hari selepas menerima permintaan anda, kami akan memaklumkan anda secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari tentang sebab kelewatan dan jangka masa yang kami jangkakan untuk memberi maklum Jika kami tidak dapat memberikan sebarang data peribadi kepada anda, kami secara amya akan memaklumkan kepada anda sebab-sebab kami tidak dapat berbuat demikian (kecuali jika kami tidak dikehendaki berbuat demikian di bawah Undang-undang Privasi Data).
  10. BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA?
    1. Kami berusaha, jika boleh dilaksanakan, untuk memproses data peribadi anda dalam persekitaran yang selamat dengan mencegah sebarang pemprosesan data peribadi yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang atau kehilangan, kemusnahan, atau kerosakan tidak sengaja kepada maklumat tersebut. Kami telah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan fizikal, teknikal, dan pentadbiran untuk melindungi data peribadi anda daripada akses yang tidak dibenarkan. Beberapa langkah ini termasuk: penyulitan data semasa dalam penghantaran atau dalam keadaan rehat; pematuhan ketat terhadap amalan privasi dan keselamatan; penilaian dan semakan keselamatan berkala untuk menaik taraf amalan kami; sekatan akses kepada kakitangan yang perlu mengetahui data tersebut.
    2. Walaupun kami berusaha untuk melindungi data peribadi anda, dan sentiasa menyemak dan meningkatkan langkah keselamatan maklumat kami, sila ambil perhatian bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah penyimpanan elektronik yang benar-benar selamat. Oleh itu, kami menggesa anda mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk melindungi data peribadi anda apabila anda berada di Internet, apabila anda melayari laman web kami, atau menggunakan aplikasi dan/atau perkhidmatan digital kami. Kami mengesyorkan agar anda kerap menukar kata laluan anda, menggunakan gabungan huruf, nombor, dan aksara khas, dan memastikan bahawa anda menggunakan pelayar yang selamat.
    3. Sekiranya anda percaya bahawa data peribadi anda telah terjejas dalam apa jua cara, sila tukar kata laluan anda dengan segera, dan hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di bepdpa@beintl.com.
  11. BERAPA LAMA KAMI MENGEKALKAN DATA PERIBADI ANDA?
    1. Kami akan mengekalkan data peribadi anda yang diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan selagi ia diperlukan untuk (i) memenuhi tujuan data peribadi anda dikumpul; dan/atau (ii) memenuhi tempoh pengekalan data peribadi minimum yang diwajibkan di bawah undang-undang relevan mana- mana bidang kuasa.
    2. Kami akan berhenti mengekalkan data peribadi anda, atau menghapuskan cara data peribadi anda boleh dikaitkan dengan anda, sebaik sahaja ia munasabah untuk menganggap bahawa pengekalan sedemikian telah memenuhi sepenuhnya kriteria di bawah Klausa 11.1 di atas.
  12. LAIN-LAIN
    1. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai dasar dan prosedur perlindungan data peribadi kami, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di bepdpa@beintl.com.
    2. Notis Privasi ini terpakai bersama dengan sebarang notis lain, klausa kontrak, dan klausa persetujuan yang terpakai berhubung dengan pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan data peribadi anda oleh kami.
    3. Dengan membaca Notis Privasi ini, anda mengakui bahawa anda telah memahami kandungannya dan akibatnya, dan anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh kami untuk tujuan dan kegunaan yang dimaklumkan kepada anda dalam Notis Privasi ini dan/atau yang dikomunikasikan oleh kami melalui sebarang medium dalam talian atau luar.