Di BE International, pengasas kami percaya bahawa penciptaan hasil yang luar biasa yang melampaui Beyond Eternity bermula dengan membina hubungan yang sejati dengan orang dan dunia di sekeliling anda. Hanya demikian, anda boleh mencapai impian anda – malah kadang kala mengatasinya. 

Bagi Ir. Lee Suet Sen; sebagai seorang jurutera bertauliah, membina sesuatu senantiasa menjadi sebahagian daripada jiwa beliau – kecuali beliau tidak pernah membayangkan bahawa beliau sebenarnya sedang membina sebuah empayar pemasaran langsung. Bermula sebagai seorang jurutera awam, Lee menyedari bahawa keghairahannya terletak jauh di luar industri, oleh itu beliau meneroka pemasaran pelbagai peringkat atau Multi-Level Marketing. Dalam masa dua tahun sahaja, beliau membina dirinya untuk mencapai jutaan pertamanya – dan yang lain, seperti yang dikatakan, adalah sejarah.

Begitu juga dengan Ho Huey Chuin yang tidak pernah terfikir dirinya akan muncul sebagai jutawan termuda dalam peranan MLM sebelum ini – dan tidak pernah menjangka akan menjadi idola bagi usahawan muda dalam kedudukannya sekarang. Tetapi suara hati beliau yang mengatakan “Jika anda fikir anda boleh, anda pasti boleh!” telah terbukti dapat mendorong orang lain untuk mengatasi halangan yang paling paling sukar diatasi – dan mencapainya dengan cemerlang.

Bercakap tentang kecemerlangan, kerjaya Karen Leong begitu berkilau sepanjang 40 tahun di dalam industri kecantikan dan kemudian industri MLM. Seorang wanita besi yang merupakan tulang belakang syarikat, Karen telah memupuk lebih daripada 21 orang jutawan sehingga kini, dan terus mendorong orang ramai untuk mencapai potensi tertinggi mereka.

 

Menjadi Baik, Melakukan yang Terbaik

Kadangkala, prestasi yang baik saja tidak mencukupi; hanya dengan kelakuan baik, dan berbuat baik, kita mampu mencapai kejayaan dalam erti kata yang sebenar.

Itulah usaha BE – Beyond Eternity; sebuah perniagaan yang bukan hanya menjalankan perniagaan, tetapi juga memberi impak kepada kehidupan setiap orang yang ditemui, pada masa sekarang dan jauh di masa depan.

Ia sebuah konsep yang dibina atas kemapanan dan kepercayaan, didorong oleh perkongsian dan perpaduan, dan diilhami oleh kesejahteraan, mengintegrasikan terobosan teknologi dengan kuasa yang tidak dapat diganti dari sentuhan manusia. Jauh di dalam teras, kami percaya untuk melakukan yang baik dan berjaya dalam semua perkara, kesejahteraan dan kebebasan yang kita layak, kita mesti terlebih dahulu menjadi yang terbaik semampu yang boleh, dengan cara yang terbaik untuk diri kita, orang yang kita sayangi, masyarakat dan dunia pada umumnya.

WAWASAN Melampaui Perniagaan

Kami berusaha untuk mewujudkan kesejahteraan dalam setiap cara, untuk semua orang.

Kami melihat kesejahteraan sebagai suatu perasaan bebas yang membawa kesihatan, keamanan, kemakmuran, kepuasan dan kebahagiaan.

Dalam setiap cara merangkumi semua aspek kehidupan – fizikal, mental, rohani, ekonomi, kewangan, keluarga dan sosial.

Bagi semua orang, bermakna pintu kami terbuka kepada mana-mana individu tanpa mengira bangsa, warna, akidah, latar belakang atau kepercayaan.

Untuk keabadian bermaksud bahawa kita akan mengekalkan kemampanan dalam semua perkara yang dilakukan untuk kesan positif yang berkekalan.

MISI Melampaui Kejayaan

Kami berusaha untuk menjadi syarikat pemasaran langsung yang dihormati dan dikagumi yang memberi ganjaran kepada usaha, menegakkan martabat manusia dan memberi kesan yang positif dan mapan kepada masyarakat.

Untuk melakukan ini, kami:

Mengumpil teknologi sedia ada yang terbaik untuk mencipta kesejahteraan yang mampan melalui produk berkualiti serta saluran pemasaran yang berkesan.

Mewujudkan peluang-peluang baharu melalui pendidikan sistem yang komprehensif dan menyeluruh.

Memastikan ganjaran yang adil dan saksama yang mengganjari usaha, komitmen dan dedikasi di samping mengambil kira etika, integriti dan kerja keras.

Menyediakan suatu platform untuk peningkatan diri dalam semua aspek, bukan sekadar perniagaan – kami percaya kejayaan sepatutnya menyeluruh – merangkumi dan tahan lama, yang membawa kepada kualiti kehidupan yang lebih baik.

JANJI Melampaui Kebiasaan

Sesiapa sahaja boleh membuat janji, tetapi memegang kukuh janji yang dibuat, membezakan satu individu atau organisasi dari yang lain. Itulah sebabnya di BE International, kami menggabungkan janji kami ke dalam aktiviti, interaksi dan pengalaman harian kami. Pada dasarnya, daripada hanya membuat janji, kami menyampaikan janji tersebut setiap hari, dalam banyak cara yang kami fikirkan mungkin, untuk pihak berkepentingan dalaman dan luaran.

Menjangkaui Inspirasi Minda, Mencapai Kehidupan Abadi adalah yang apa kita usahakan sekian lama.

Kami Menjangkaui Inspirasi Minda dengan memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan kami, nilai-nilai yang akan membantu mereka mencapai kejayaan holistik dalam apa sahaja yang diinginkan.

Kami membina orang secara holistik; sama ada keyakinan, harga diri, belas kasihan, intelektual atau kecerdasan emosi, kami berusaha untuk menyediakan jalan di mana mereka boleh memperbaik diri dengan cara yang difikirkan sesuai untuk diri mereka.

Melalui hubungan antarabangsa kami, kami juga membuka dunia untuk mereka; melalui keajaiban teknologi digital, mereka tidak lagi terhad secara geografi. Tambahan, Menjangkaui Inspirasi Minda, kami juga memberi inspirasi kepada orang di sekeliling kami untuk memberi inspirasi kepada orang lain hanya dengan menjadi versi terbaik diri mereka sendiri; dan itulah perkara yang paling menginspirasikan.

Mencapai Kehidupan Abadi tidak sekadar membicarakan replikasi sistem perniagaan kami, tetapi juga tentang impak yang menjadi sebahagian dari BE International terhadap orang. Disebabkan kami menumpukan perhatian, bukan hanya pada hasil perniagaan, tetapi pencapaian dan kesejahteraan manusia, kami berusaha untuk memastikan kehidupan orang kami berubah menjadi lebih baik dengan cara yang berkekalan.

Tambahan pula, dengan meningkatkan kualiti hidup untuk orang ramai, sama ada menerusi produk yang inovatif, sistem ganjaran yang lumayan atau projek sosial kami, kami mencipta satu kitaran yang baik yang akan terus membawa kebaikan kepada dunia yang jauh melangkaui kehidupan kita.

Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan Menjangkaui Keabadian.

KEKUATAN MELAMPAUI JANGKAAN

BE International ialah sebuah syarikat pemasaran langsung; tetapi kami juga lebih daripada itu, dalam banyak cara.

Kami ialah sebuah syarikat inovasi kerana kami berusaha untuk memanfaatkan idea dan teknologi terbaik untuk menghasilkan produk dan penyelesaian yang akan meningkatkan kualiti hidup manusia di mana-mana, dalam pelbagai cara. Produk kami juga berasal dari bahan semula jadi, dihasilkan lebih baik melalui penyelidikan tercanggih dan sains yang terbukti.

Kami menjadi pusat pendidikan kerana sistem kami membantu orang lain belajar bagaimana untuk menjadikan kehidupan lebih baik, meningkatkan pengetahuan kewangan dan ekonomi, membina keyakinan dan kemahiran berkomunikasi, dan secara amnya menjadikan mereka individu yang lebih baik, lebih hemat dan menyeluruh.

Kami ialah syarikat yang berfokus secara global kerana kami tidak terikat dengan batas geografi konvensional; dengan kuasa tanpa had Internet dan teknologi digital di hujung jari – dan pengetahuan untuk menggunakannya untuk melakukan yang terbaik – peluang kami tidak bersempadan.

Kami ialah entiti korporat yang peka-sosial kerana kami percaya untuk menegakkan maruah manusia dalam usaha kami. Mewujudkan suatu persekitaran di mana kesihatan dan kesejahteraan semua orang dijaga ialah sebab kewujudan kami, dan sama seperti kami membina orang-orang kami untuk mencari laluan yang mampan untuk berjaya bagi diri mereka. Kami juga memberi inspirasi kepada mereka untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik secara kekal orang-orang di sekeliling mereka.

Kami berharap anda, juga, akan terinspirasi untuk membuat perubahan dalam hidup anda, sekarang, yang berlangsung Menjangkaui Keabadian.