
[9 Januari 2026] BE International telah menganjurkan BE Movie Night di TGV Pavilion Bukit Jalil. Acara ini menghimpunkan para pemimpin BE, Pengurusan Kanan dan kakitangan BE, serta kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Ti-Ratana Malaysia dan Persatuan Kebajikan Sweet Care untuk menikmati pengalaman menonton wayang yang tidak dapat dilupakan. Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan keperluan kelengkapan sekolah di samping menyokong perjalanan pendidikan kanak-kanak tersebut, sekali gus mencerminkan komitmen BE International terhadap kebajikan masyarakat dan pendidikan.


Seramai 148 orang kanak-kanak telah dijemput untuk merasai pengalaman menonton wayang tersebut. Sempena tayangan amal ini, BE International telah menyumbangkan 148 set beg sekolah dan alat tulis, serta 296 unit pakaian seragam sekolah bagi menyokong keperluan pendidikan kanak-kanak tersebut.

Lebih daripada sekadar acara satu malam, BE Movie Night mencerminkan komitmen jangka panjang BE International dalam membina generasi akan datang melalui pendidikan dan penglibatan komuniti. Dengan menggabungkan pengalaman yang menggembirakan bersama sokongan praktikal, inisiatif ini memperkukuh kepercayaan bahawa impak yang bermakna bukan sekadar tentang memberi. Ia juga tentang memupuk harapan, mengingatkan kanak-kanak bahawa mereka sentiasa disokong dan dihargai, serta memberi galakan kepada mereka untuk terus belajar dan membesar.
Inisiatif ini juga menyokong teras utama BE Foundation (Yayasan BE): Kesihatan dan Kesejahteraan, Pendidikan dan Pembangunan Belia, Sokongan Komuniti, serta Kelestarian Alam Sekitar. Dengan menyediakan sumber pendidikan yang penting serta memupuk semangat komuniti dan keprihatinan, BE International terus membawa perubahan positif dalam kehidupan kanak-kanak dan masyarakat yang lebih luas.