JULY WEEKLY MEETING 2026

BRUNEI

Hadirin yang dihormati,

Penceramah kita seterusnya merupakan seorang usahawan yang tidak asing lagi dalam dunia pelancongan. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri ini, beliau telah membina dan mengendalikan agensi pelancongannya sendiri, di samping mengusahakan perniagaan makanan dari rumah.

Apabila pandemik melanda dan industri pelancongan terjejas teruk, seperti ramai usahawan lain, beliau turut berdepan dengan cabaran yang besar. Namun beliau memilih untuk bangkit dan mencari peluang baharu bagi meneruskan kehidupan serta menjana pendapatan yang lebih mampan.

Perkenalan beliau dengan produk Aulora dan peluang perniagaan BE membuka satu lembaran baharu dalam hidupnya. Apa yang benar-benar memberi keyakinan kepada beliau bukan sekadar peluang perniagaan, tetapi apabila melihat sendiri perubahan kesihatan yang dialami oleh pelanggan-pelanggannya selepas menggunakan produk Aulora.

Dari situ, beliau mula sedar bahawa kepuasan membantu orang lain mencapai kesihatan yang lebih baik adalah sesuatu yang sangat bermakna. Dalam masa yang sama, beliau sendiri turut menikmati perubahan positif dari segi kesihatan dan kesejahteraan.

Berbekalkan keyakinan terhadap produk dan sistem BE, beliau terus berkongsi peluang ini dengan lebih ramai orang. Hari ini, melalui usaha yang konsisten dan tidak mudah berputus asa, beliau telah mengembangkan rangkaiannya bukan sahaja di Brunei, malah ke Malaysia, Indonesia dan Australia.

Usaha beliau juga telah melayakkan beliau menikmati pelbagai BE Lifestyle Trip ke Perth, Tokyo, Melbourne dan Beijing.

Tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita sama-sama mengalu-alukan ke hadapan, DCA Nur Ailee.

Beliau seorang ibu kepada 5 orang anak, Liyana adalah graduan public policy dan administration. Sebelum bertemu BE International RCCA Liyana adalah seorang ushawan dan memiliki 5 buah syarikat., antara nya adalah bisnes restoran, bisnes hartanah, bisnes perabot rumah dan beberapa bisnes lain. Setelah mencuba produk dan mendengar peluang di BE, beliau terus buat sepenuh hati kerana di BE beliau dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya berbanding dengan perniagaan beliau yang lain. Dengan hanya 14 bulan di BE, beliau telah berjaya menjadi RCCA pertama di Brunei hanya dengan melakukan bisnes ini secara Online di dalam musim pandemik. Dalam masa 3 tahun ini rangkainnnya telah berkembang dengan hebat di Brunei, Malaysia dan Indonesia.