Cara Semulajadi Untuk Kekal Kuat dan Bertenaga

Bila kali terakhir anda rasa badan betul-betul kuat dan penuh tenaga? Sama ada ketika mengangkat barang dapur, memanjat tangga, fokus pada kerja, melayan kerenah anak-anak, atau ketika bercuti—rasa cergas itu sangat penting untuk kita nikmati hidup sepenuhnya! Dengan adanya BElixz SlendMeal PRO dan BElixz LIVCORE, impian anda untuk lebih kuat dan bertenaga kini lebih mudah dicapai.

H2 Otot Mantap + Hati Sihat = Gabungan Kekuatan & Vitaliti Maksimum

Apabila anda menggabungkan BElixz SlendMeal PRO (untuk membina otot) dengan BElixz LIVCORE (untuk sokongan hati), anda sebenarnya sedang meningkatkan tahap kekuatan dan kecergasan diri secara serentak. Jisim otot yang sihat memudahkan aktiviti harian, manakala hati yang sihat pula memastikan penghasilan tenaga yang maksimum. Hasilnya? Anda kurang rasa letih dan prestasi badan jadi lebih hebat!

BElixz SlendMeal PRO: Bina Otot Sihat Untuk Kekuatan Kendiri

Otot adalah kunci utama kepada kesihatan dan kecergasan. Bila usia makin meningkat, kita akan mula kehilangan jisim otot secara semulajadi. Ini menyebabkan kita rasa lemah, kurang bertenaga, dan susah nak bergerak aktif. Menjaga dan membina otot sangat penting untuk kekuatan, metabolisme, dan kesihatan tulang. Malah, lebih banyak otot bermakna lebih banyak kalori dibakar, sekaligus membantu anda kekal langsing dan rasa lebih yakin.

BElixz SlendMeal PRO  membantu membina otot melalui::

  • 18 g protein dalam setiap hidangan untuk pertumbuhan dan pemulihan otot.
  • Protein Soya Terasing (Isolated Soy Protein) – protein berasaskan tumbuhan yang membantu membina otot pejal dan meningkatkan prestasi senaman.
  • Protein Beras Perang Berpaten – terbukti berkesan seperti whey protein untuk pertumbuhan otot, dengan penyerapan leucine yang lebih pantas untuk mempercepatkan pemulihan badan.

Apa Kaitannya Antara Kesihatan Hati Dengan Tenaga?

Hati yang sihat sangat penting untuk vitaliti kerana ia berfungsi menyahtoksin badan, menyokong penghasilan tenaga, dan menjaga kesejahteraan menyeluruh. Ini membolehkan anda rasa lebih segar dan aktif setiap hari.

BElixz LIVCORE menyokong kesihatan hati dengan:

  • Antioksidan seperti ekstrak kunyit dan  ekstrak milk thistle yang membantu mengurangkan keradangan serta melindungi hati daripada kerosakan.
  • Ekstrak biji brokoli yang membantu proses detoksifikasi dan merangsang penghasilan glutathione. Ini bukan sahaja mengurangkan beban pada badan, malah meningkatkan prestasi fizikal dan mental anda.
  • Ekstrak Oakwood Perancis yang membantu mitokondria (kilang tenaga sel) menghasilkan lebih banyak tenaga, sekaligus mengurangkan rasa letih yang melampau.

Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu rasa letih. Dengan memberikan sokongan kepada otot melalui BElixz SlendMeal PRO dan menjaga hati dengan BElixz LIVCORE, anda memberikan apa yang badan anda perlukan untuk kekal kuat dan bertenaga. Jom mulakan langkah ke arah diri yang lebih hebat dan cergas hari ini!

Rujukan:

  1. National Cancer Institute. “broccoli sprout/broccoli seed extract supplement.” NCI Drug Dictionary, U.S. Department of Health and Human Services
  2. Nutraceutical Business Review. “Robuvit: Natural Energy and Recovery from French Oak.” Nutraceutical Business Review, 2 Apr. 2025